Pendaftaran PAS Abbas Alias

Dr Haji Abbas Alias adalah orang yang bertanggungjawab mendaftarkan PAS dengan Pendaftar Pertubuhan sebelum menyertai Pilihan Raya Pertama Persekutuan pada Julai 1955. Di bawah kepimpinannya lah PAS memenangi kerusi tunggal dalam pilihan raya tersebut melalui Tuan Guru Haji Ahmad Hussin di Parlimen Kerian, Perak. Pada 28 Februari 1955, beliau menerima sepucuk surat daripada Dato Mohd Asri Muda berkenaan perjuangan dana hala tuju PAS.

Pada 1956, beliau berundur dari memimpin PAS dan kepimpinan PAS diterajui oleh Dr Burhanuddin Al Helmy yang menewaskan Prof Zulkifli Muhammad dalam Muktamar PAS ke-5.

Pada 1970-an, beliau kembali menjadi pimpinan PAS apabila dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Agung PAS hingga awal tahun 80-an.